Category Archives: MENGENAI GARAM

APAKAH FUNGSI GARAM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN DAN KEGUNAAN GARAM

Garam mempunyai banyak fungsi dan kegunaan kehidupan seharian. Garam bukan saja sebagai penambah perisa makanan tetapi banyak kegunaan garam dalam kehidupan seharian yang kita ketahui atau belum ketahui. Walaupun garam digunakan dalam jumlah yang sikit tapi memberi kesan yang amat banyak. Contoh hanya secebis garam akan menambah perisa kepada makanan, bgitu juga kesan kepada benda lain walaupun dalam jumlah yang sedikit.

Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian dimuka bumi ini adalah untuk munafaat atau kegunaan manusia sejagat. Hadis Nabi Muhammad S.A.W menyebut GARAM adalah penghulu segala masakan atau makanan manusia. Makanan yang paling ringkas seprti ubi rebus atau jagung rebus akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehinggakan makanan/masakan yang mahal pun kena bubuh garam untuk menambah rasa atau selera.

Antara fungsi dan kegunaan garam dalam kehidupan seharian ialah :

A. Kegunaan garam Dalam Rumah :

  • 1.       Tabur garam di atas rak untuk menghalau semut ( lebih selamat dari menggunakan semburan pembunuh serangga ).Garam juga ditabur disekeliling rumah sebelum membina rumah baru untuk mencegah semut
  • 2.     Gunakan garam untuk membersihkan teko kopi yang warnanya pudar.
  • 3.     Masalah pankek, wafel melekat dalam acuan/pemanggang? Gosok sedikit pada pemanggang dan ianya dapat dikeluarkan dengan mudah.
  • 4.    Campuran garam, cuka dan tepung, hasilnya anda mendapat pembersih untuk pewter, Loyang dan tembaga.
  • 5.     Campuran garam dan jus lemon, pembersih untuk kekunci piano anda.
  • 6.     Isi lubang paku atau sebarang kecacatan pada dinding, dengan tampalan yang dihasilkan dari campuran garam, kanji dan air untuk melembab.
  • 7.     Semasa musim sejuk, anda masih dapat mengeringkan pakaian anda diluar. Rendam pakaian anda di dalam air garam untuk mengelakkan pakaian anda membeku di luar.
  • 8.     Air garam juga boleh digunakan untuk mengelakkan perabut anyaman dari menjadi kuning.
  • 9.     Kaca yang pudar dan berkabus dapat dibersihkan dengan penggunaan campuran garam dan cuka.

B. Kegunaan Di Luar Rumah :

  • 1.       Semburan garam diantara bata dan blok di ruang berturap luar rumah akan membunuh rumpai.
  • 2.     Garam dapat digunakan untuk membersihkan tumpahan minyak di garaj.  Tabur garam atas tumpahan dan biarkan 15 minit.  Ia akan memudahkan kerja-kerja membersih.

C. Kegunaan Untuk Tujuan Perubatan atau Kesihatan :

  • 1.       Kumur garam bercampur air suam untuk melegakan sakit tekak.
  • 2.     Garam dicampur dengan baking soda memutihkan gigi, menanggalkan plak dan menjadikan gusi sihat.
  • 3.     Nafas lebih segar dengan penggunaan campuran garam dan baking soda sebagai cecair pembersih mulut.
  • 4.    Kaki yang gatal dapat dilegakan  dengan rendaman air garam panas.
  • 5.     Sekiranya anda letih, rendam selama sekurang-kurangnya 10 minit dalam tab mandi yang mengandungi air panas yang dicampur dengan garam.
  • 6.     Garam adalah baik untuk pengelupasan.  Selepas mandi, urut garam kering ke atas kulit yang basah.  Garam membantu pengaliran dan menanggalkan sel kulit yang mati dan menggalakkan penumbuhan sel kulit baru.

D. Kegunaan Untuk Mengekalkan kesegaran makanan :

  • 1.       Buah-buahan dan sayuran seperti epal, pir dan kentang akan kekal warnanya sekiranya dimasukkan ke dalam air garam sejuk selepas dipotong.
  • 2.     Salad akan tahan rangup sekiranya dibubuh garam sebelum dihidang.
  • 3.     Balut keju di dalam kain yang dibasah dengan air garam sebelum dimasuk ke peti ais untuk mengelakkan kulapuk.
  • 4.    Campurkan secubit garam ke dalam susu untuk mengekalkan kesegarannya. 

E. Fungsi garam untuk tanaman atau pertanian :

1. Garam di gunakan sebagai penganti baja untuk menyuburkan tanaman, menjauhi dari serangga dan sebagai pertahanan pokok terhadap penyakit.

Garam mempunyai banyak fungsi dan kegunaan dalam kehidupan seharian. Untuk mendapatkan garam dengan harga murah borong hubungi ZAIDI GUAWA593 019-9185593 PEMBEKAL GARAM KELANTAN MALAYSIA

MOHD ZAIDI JUNUS

KEGUNAAN GARAM DALAM PEMELIHARAAN IKAN

Garam makan dapur (NaCl) mempunyai kegunaan yang amat banyak dalam pemeliharaan ikan. Selain mudah diperoleh,harganya juga relatif murah. Garam juga amat efektif untuk pengubatan atau pencegahan penyakit ikan.
Dibawah ini penggunaan garam dan fungsinya:
-Penambahan sedikit garam akan mengurangi stress pada ikan yg luka atau baru diangkut.
-Kadar 0.1% – 0.3% dapat digunakan sebagai tambahan mineral dlm air pemeliharaan dan dapat menguranggi stress akibat kerusakan fisik atau nitrit yang tinggi.
-Kadar 1.0% dengan cara pencucian (Mandi) selama 3-5 hari dpt menyembuh penyakit borok.
-Kadar 3% – 5% larutan garam dapat mengusir lintah dan parasit lainnya spt argulus yg melekat di kulit atau memudahkan pengambilannya jika ikan di rendam selama 15-30 menit
Garam yang digunakan sebaiknya berupa garam makan dapur yang tidak ada penambahan unsur lainnya.
Perlu diingat bahwa apabila pengubatan dengan larutan garam dilakukan secara pencelupan,maka kadar yg diberikan secara bertahap atau berangsur ansur naik untuk menjaga SHOCK OSMOTIK. Hal ini dikeranakan kenaikan kadar 1% dan pencelupan yg hanya sebentar sdh dpt membuat ikan stress,Apabila ada tanda-tanda ikan stress, ikan harus segera pindahkan ke air segar.Tanaman air juga dpt terpengaruh oleh garam dg kadar 0.5% .

Petikan : http://chingmix.com/threads/190-Kegunaan-Garam

Garam banyak kegunaan dan kebaikkan dalam industri pemeliharaan ikan.Jika anda adalah pengusaha kolam ikan atau pemelihara ikan atau mempunyai kolam pemeliharaan ikan hubungi guawa593 Zaidi 019-9185593 untuk membekalkan garam kepada anda dengan harga borong. Guawa593 akan menghantar garam ketempat anda dengan segera..

MOHD ZAIDI JUNUS
BACA LAGIclose