Tag Archives: fungsi garam dalam kehidupan

PELBAGAI KEGUNAAN GARAM DAN MANFAAT DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Garam mempunyai pelbagai kegunaan, fungsi atau munafaat kepada kita semua.Garam bukan hanya digunakan sebagai penyedap rasa pada masakan sahaja,tetapi garam mempunyai manfaat yang banyak dalam kehidupan manusia.Biasanya garam yang kita kenal,hanya dijumpai di dapur dan digunakan sebagai perasa masakkan,tetapi sebenarnya banyak kegunaan garam dalam kehidupan kita seharian. Garam bukan sahaja diperlukan untuk masakan malah ia amat diperlukan oleh Tubuh, hinggakan Junjungan kita Nabi Muhamad S.A.W. pernah bersabda dan menyarankan agar memakan garam sedikit sebelum dan selepas makan. Nilai garam dahulu setanding dengan harga emas, tetapi hari ini nilainya hanya sekadar bahan perasa dan juga pengawet sahaja.

Antara fungsi garam atau pelbagai kegunaan garam dalam kehidupan manusia adalah :

1. Garam ditambahkan ketika mencuci sayuran dengan air. Garam akan menjadikan sayuran tetap segar dan kotoran atau serangga yang bersembunyi di dalamnya akan muncul.

2. Garam dicampur dengan air dan direndam kaki atau anggota tubuh yang kepenatan supaya kaki atau anggota tubuh kita segar semula.

3. Garam dikumur untuk menghindari kuman flu dan batuk. Lakukan setiap pagi dan malam.

4. Garam dicampur dengan air suam untuk mengelak kuku mudah putus atau patah. Rendamkan kuku tersebut selama lima minit seminggu sekali.

5. Garam digunakan untuk membersihkan bekas tea yang berwarna kecoklatan yang melekat di gelas atau cawan.

6. Garam yang telah dilarutkan di air suam juga dapat menghilangkan bekas darah pada baju atau kain putih dengan mengosokkan pada bahagian yang terkena darah tersebut.

7. Garam juga dapat menghilangkan rasa sakit di kepala dengan meletakkan sedikit garam di belakang lidah selama 10 minit.

8.Garam dicampur dengan air suam untuk mencuci bekas gigitan serangga.

9.Garam ditabur disekeling kawasan perkhemahan atau perkelahan untuk mengelak atau mnghindari gangguan binatang liar seperti ular dan sbagainya.

10.Garam dapat membersihkan emas atau barangan kemas dan kristal. Emas atau barangan kemas ini direndamkan kedalam air garam supaya emas kita kembali berkilau.

Sebenarnya garam mempunyai pelbagai kegunaan dan manfaat dalam kehidupan manusia seharian.Jika anda tahu lagi kegunaan garam yang lain harap dapat dikongsi diruangan komen dibawah. Namun perlu diingat, menggunakan garam berlebihan dalam masakkan atau makanan boleh menjejaskan kesihatan seperti risiko penyakit jantung, stroke dan sebagainya. Jika anda mahu membeli garam untuk kegunaan seharian atau untuk digunakan untuk tanaman atau penternakan anda hubungi zaidi guawa593 019-9185593 untuk membekal garam kasar atau garam halus ketempat anda. guawa593 adalah pembekal garam,supplier salt,pemborong garam harga murah dan menghantar daram ketempat anda.

DTN9QBW77Z4M

MOHD ZAIDI JUNUS

APAKAH FUNGSI GARAM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN DAN KEGUNAAN GARAM

Garam mempunyai banyak fungsi dan kegunaan kehidupan seharian. Garam bukan saja sebagai penambah perisa makanan tetapi banyak kegunaan garam dalam kehidupan seharian yang kita ketahui atau belum ketahui. Walaupun garam digunakan dalam jumlah yang sikit tapi memberi kesan yang amat banyak. Contoh hanya secebis garam akan menambah perisa kepada makanan, bgitu juga kesan kepada benda lain walaupun dalam jumlah yang sedikit.

Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian dimuka bumi ini adalah untuk munafaat atau kegunaan manusia sejagat. Hadis Nabi Muhammad S.A.W menyebut GARAM adalah penghulu segala masakan atau makanan manusia. Makanan yang paling ringkas seprti ubi rebus atau jagung rebus akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehinggakan makanan/masakan yang mahal pun kena bubuh garam untuk menambah rasa atau selera.

Antara fungsi dan kegunaan garam dalam kehidupan seharian ialah :

A. Kegunaan garam Dalam Rumah :

  • 1.       Tabur garam di atas rak untuk menghalau semut ( lebih selamat dari menggunakan semburan pembunuh serangga ).Garam juga ditabur disekeliling rumah sebelum membina rumah baru untuk mencegah semut
  • 2.     Gunakan garam untuk membersihkan teko kopi yang warnanya pudar.
  • 3.     Masalah pankek, wafel melekat dalam acuan/pemanggang? Gosok sedikit pada pemanggang dan ianya dapat dikeluarkan dengan mudah.
  • 4.    Campuran garam, cuka dan tepung, hasilnya anda mendapat pembersih untuk pewter, Loyang dan tembaga.
  • 5.     Campuran garam dan jus lemon, pembersih untuk kekunci piano anda.
  • 6.     Isi lubang paku atau sebarang kecacatan pada dinding, dengan tampalan yang dihasilkan dari campuran garam, kanji dan air untuk melembab.
  • 7.     Semasa musim sejuk, anda masih dapat mengeringkan pakaian anda diluar. Rendam pakaian anda di dalam air garam untuk mengelakkan pakaian anda membeku di luar.
  • 8.     Air garam juga boleh digunakan untuk mengelakkan perabut anyaman dari menjadi kuning.
  • 9.     Kaca yang pudar dan berkabus dapat dibersihkan dengan penggunaan campuran garam dan cuka.

B. Kegunaan Di Luar Rumah :

  • 1.       Semburan garam diantara bata dan blok di ruang berturap luar rumah akan membunuh rumpai.
  • 2.     Garam dapat digunakan untuk membersihkan tumpahan minyak di garaj.  Tabur garam atas tumpahan dan biarkan 15 minit.  Ia akan memudahkan kerja-kerja membersih.

C. Kegunaan Untuk Tujuan Perubatan atau Kesihatan :

  • 1.       Kumur garam bercampur air suam untuk melegakan sakit tekak.
  • 2.     Garam dicampur dengan baking soda memutihkan gigi, menanggalkan plak dan menjadikan gusi sihat.
  • 3.     Nafas lebih segar dengan penggunaan campuran garam dan baking soda sebagai cecair pembersih mulut.
  • 4.    Kaki yang gatal dapat dilegakan  dengan rendaman air garam panas.
  • 5.     Sekiranya anda letih, rendam selama sekurang-kurangnya 10 minit dalam tab mandi yang mengandungi air panas yang dicampur dengan garam.
  • 6.     Garam adalah baik untuk pengelupasan.  Selepas mandi, urut garam kering ke atas kulit yang basah.  Garam membantu pengaliran dan menanggalkan sel kulit yang mati dan menggalakkan penumbuhan sel kulit baru.

D. Kegunaan Untuk Mengekalkan kesegaran makanan :

  • 1.       Buah-buahan dan sayuran seperti epal, pir dan kentang akan kekal warnanya sekiranya dimasukkan ke dalam air garam sejuk selepas dipotong.
  • 2.     Salad akan tahan rangup sekiranya dibubuh garam sebelum dihidang.
  • 3.     Balut keju di dalam kain yang dibasah dengan air garam sebelum dimasuk ke peti ais untuk mengelakkan kulapuk.
  • 4.    Campurkan secubit garam ke dalam susu untuk mengekalkan kesegarannya. 

E. Fungsi garam untuk tanaman atau pertanian :

1. Garam di gunakan sebagai penganti baja untuk menyuburkan tanaman, menjauhi dari serangga dan sebagai pertahanan pokok terhadap penyakit.

Garam mempunyai banyak fungsi dan kegunaan dalam kehidupan seharian. Untuk mendapatkan garam dengan harga murah borong hubungi ZAIDI GUAWA593 019-9185593 PEMBEKAL GARAM KELANTAN MALAYSIA

MOHD ZAIDI JUNUS