Tag Archives: jangan kena cahaya matahari

CERITA BERNIAGA JANGAN MINTA HUTANG JANGAN KENA MATAHARI

bebas hutang perniagaan

Cerita cara berniaga iaitu jangan minta hutang dan jangan kena cahaya matahari adalah kaedah perniaggan yang amat sesuai untuk diambil iktibar,panduan,motivasi perniagaan dan kunci dalam perniaggan supaya perniagaan akan lebih maju dan bertahan lama.

Terdapat seorang lelaki kaya yang berada dalam keadaan sakit tenat. Doktor mengatakan bahawa hidupnya sudah tidak lama dan akan meninggal dunia. Maka, dia telah mewasiatkan perusahaan kepada dua orang anaknya, iaitu Zaid dan Zaidi. Dengan harapan agar anaknya akan menguruskan perniagaan yang diwariskan.

Lelaki kaya itu memaklumkan kepada anaknya bahawa setiap seorang daripada mereka akan mendapat perniagaan yang perlu diusahakan. Dia berpesan agar anaknya menguruskan perniagaan itu dengan sebaik-baiknya. Selain itu, dia juga sempat berpesan kepada anaknya untuk mematuhi dua syarat dalam perniagaan jika mahu berjaya sepertinya. Syarat pertama, jangan mengutip hutang yang diberi pada pelanggan., dan syarat kedua pula, jangan keluar bekerja apabila matahari telah tinggi.

Tidak lama selepas itu lelaki kaya tersebut meninggal dunia. Jadi, mereka dua beradik telah menggantikan tempat ayah mereka dalam urusan perniagaan yang telah diwariskan. Sementara ibunya pula telah pulang ke kampung halaman dan membiarkan anak-anaknya meneruskan perniagaan seperti yang telah diwasiatkan.

Selepas dua tahun, si ibu telah kembali ke kota dan melawat rumah anak sulungnya, iaitu Zaid. Lalu bertanya tentang perusahaan yang telah mereka uruskan selepas kematian ayahnya. Zaid menjawab dan memaklumkan kepada ibunya bahawa perusahaan itu sudah jatuh muflis. Ibunya membalas dan bertanya sebab perusahaan itu muflis. Zaid mengatakan bahawa syarat yang dipesan kepada mereka telah dipatuhi. Zaid mengikuti pesan ayahnya iaitu tidak memungut hutang pelanggan. Dia juga mematuhi syarat yang kedua iaitu tidak pernah keluar bekerja apabila waktu tengahari. Kerana dia tidak boleh memandu kereta, dia hanya tahu membawa motorsikal sahaja. Maka, dia terpaksa menaiki teksi ke pejabat setiap hari sehingga menyebabkan banyak wang pernigaan dihabiskan untuk membayar tambang teksi. Jadi, wang perusahaan telah habis dibelanjakan dan dia sendiri tidak pernah memungut hutang dari pelanggan. Perkara ini telah menyebabkan wang perniagaan habis. Ibunya mengeleng kepala sambil berlalu pergi.

Pada keesokan hari, si ibu telah pergi ke rumah Zaidi pula. Setelah bertemu, si ibu bertanya keadaan perniagaan yang diuruskannya. Si ibu juga memaklumkan bahawa perniagaan Zaid telah jatuh muflis. Zaidi dengan senang hati mengatakan bahawa perniagaan yang diusahakannya semakin maju. Dia juga telah mendapat keuntungan lima kali ganda daripada harta yang telah diwariskan arwah ayahnya dahulu. Lalu si ibu bertanya apakah rahsia kejayaannya sehingga mencapai tahap itu.

Zaidi menjawab dengan mengatakan bahawa dia mengikuti pesan ayahnya sebelum meninggal. dia tidak pernah meminta hutang kerana dia tidak memberikan hutang kepada pelanggannya. Kerana itu dia tidak pernah mengutip hutang dan ianya sama seperti pesanan si ayah Dia juga tidak pernah terkena sinar matahari kerana dia keluar rumah sebelum matahari terbit lagi dan hanya akan pulang ke rumah selepas matahari terbenam. Maka, dia tidak pernah terkena sinar matahari. Si ibu tersenyum puas dengan kejayaan anaknya itu.

Cerita ini sesuai dijadikan panduan dalam perniagaan dan merupakan kunci perniagaan iaitu jangan memberi hutang dan mesti berusaha untuk mencapai kejayaan. Perniagaan bukan sesuatu yang mudah untuk maju tetapi memerlukan usaha dan mengambil masa yang panjang untuk berjaya seperti guawa593 yang bermula sejak tahun 2005. Klik MENGENAI GUAWA593

MOHD ZAIDI JUNUS