Tag Archives: tips

TEMPAT MENARIK DI MEDAN PENGALAMAN DAN TIPS PERCUTIAN

tempat menarik di Medan Indonesia

tempat menarik di Medan Indonesia

Tempat menarik di Medan serta panduan lawatan dan tips percutian menarik daripada pengalaman bercuti di Medan Indonesia.

Pengalaman mengunjungi tempat menarik di Medan untuk panduan dan tips bercuti ke Indonesia. Pengalaman percutian bersama rakan mengunjungi tempat-tempat menarik di Medan Indonesia seperti tasik toba, air terjun Sipiso-piso, pulau tomok dan simonsir, berastagi, istana maimoon dan sebagainya untuk jadikan panduan dan tips apabila mahu mengunjungi negara jiran Indonesia.

PENGALAMAN HARI PERTAMA KE MEDAN

Bertolak dari rumah lepas zohor pada 15 November 2015 untuk ke lapangan terbang pengkalan chepa. Sampai di airport, baru perasan tertinggal kasut, hanya pakai selipar crog. Kataku kepada sepupu yang menghantarku ” Mujur tok paka selipar jepun tapi paka selipar lagi molek, mudah berjale, ko ranoh”.

kuala lumpur international airport 2

kuala lumpur international airport 2

Rombongan percutian ke Medan terdiri dari 10 orang yang diketuai oleh kak zah. Kumpulan percutian kami terdiri dari rakan yang telah dikenali dan juga belum dikenali. Didapati nama panggilan Su paling ramai, jadi nama dipecahkan kepada tiga nama berlainan, supaya lebih mudah membuat panggilan iaitu Su Ha, Ku Su dan Su Di. Kapal terbang dari Kota Bharu bertolak pukul 2.45 petang, ku lihat Ku Su pegang paha Su Di semasa kapal terbang mula berlepas kerana ia fobia tempat tinggi dan berkata sambil pejam mata ” Drebar kapal terbang ni baru habis ngaji ko tengoh praktikal…kuat gegar ni”. Dalam hati ku berkata “Nasib baik Ku Su duduk bersebelahan Su Di, kalau duduk bersebelahan aku, mesti dia pegang paha aku…ha ha”.

Di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur 2, KLIA2, kami makan, sembahyang dan sebagainya sebelum menaiki kapal terbang ke lapangan terbang kualanamu Medan, Indonesia. Penerbangan dari Kuala lumpur ke medan mengambil masa lebih kurang sejam. Ku Su kata “Naik kapal terbang ni tok sero gapo-gapo, pilot berpengalaman nih supo jawatan pk1 doh nih”. Kami semua ketawa dan Kak Zah tersenyum sinis.

lapangan terbang kualanamu medan

lapangan terbang kualanamu medan

Kami sampai di airport kuala Namu pukul 9 malam dan terus mengisi borang kemasukan ke medan.

Tips di lapangan terbang medan : Bawa pen untuk isi borang pendaftaran kemasukkan dan bersabar dengan imegresen yang tak mesra atau orang kelate kata “agah”.

Restoran ayam penyet cindelaras medan

Restoran ayam penyet cindelaras medan

Kami disambut oleh tourist guide kami bernama Danny dan terus bawa kami makan free di restoran ayam penyet cindelaras medan. Selain ayam penyet, minuman ABC stella adalah paling diminati di sini. ABC stella seakan air batu campur tapai, cuma ia lebih sedap kerana lebih banyak bahan campuran seperti buah nangka, avocado, dan sebagainya.

Hotel Madani Medan Indonesia

Hotel Madani Medan Indonesia

Selepas makan malam kami dihantar ke Hotel Madani, bersebelahan Masjid Raya iaitu masjid terbesar dan tertua di Medan dan berdekatan dengan Istana Maimun.

Kami semua membayar pakej 4 hari 3 malam dengan bayaran lebih kurang RM400 seorang termasuk makan minum, hotel, transport, tiket dan sebagainya. Pergi bawa diri sahaja pun tak apa jika tak mahu beli apa-apa barangan kerana semua perbelanjaan telah di tanggung bersih.

Panduan pilih pakej percutian : Pastikan memilih pemandu pelancong yang baik, riang, jujur dan “mudoh baso” (senang kira).

PENGALAMAN DI TASIK TOBA HARI KEDUA

Hari kedua percutian ke medan, kami check out Hotel Madani untuk mengunjungi Tasik Danau Toba. Su Ha dan Ku Su paling lewat bersarapan kerana salah faham jam iaitu masa di indonesia awal 1 jam. Selepas bersarapan di Hotel Madani, seperti biasa saya lepak sambil menghisap rokok bersama orang medan yang sama-sama menginap di hotel ini. Aku kehabisan rokok dan tidak dapat membeli rokok kerana belum menukar wang rupiah. Kenalan yang baru dikenali, Rais mengajakku ke kedai rokok dan memberiku sekotak rokok marlboro. Sekotak rokok Marlboro berharga 20k rupiah atau RM6, terlalu murah kerana harga rokok marlboro di Malaysia adalah RM17.

sahabat di Medan

sahabat di Medan

Terima kasih sahabat baru Medan, En Rais kerana belanja sekotak rokok. Ini satu kebaikkan menghisap rokok kerana kita mudah mendapat kawan. Sahabatku Rais, jika datang ke Kelantan, Malaysia jangan lupa hubungi saya, saya belanja nasi kerabu dan budu.

Selepas bersarapan kami menaiki van ke kedai tukaran wang dan membeli belah dahulu sekitar bandar Medan. Kami di bawa ke gudang Wajir tapi perempuan tidak berminat kerana kurang pakaian. Disini ramai penjual jalanan yang memujuk dengan mengikuti kita supaya membeli barangan sehingga abe Amran berpeluh untuk melepaskan diri dari penjual barang jalanan. Ada antara penjual jalanan yang boleh berbahasa loghat kelantan “Beli bare muroh boh, tali pinggang ni limo rial jah, bayar pitis Malaysia buleh boh”.

Medan Indonesia

Medan Indonesia

Kami dibawa ke deretan kedai lain untuk memilih sendiri barang yang diminati dan sentiasa diikuti penjual jalanan lain hingga ke pintu kedai. Mulalah perempuan bershopping membeli pakaian hingga penuh van dan habis wang berjuta rupiah dan perlu menukar semula wang untuk ke tasik Danao toba.

Tips Menukar Wang : Menukar wang di Indonesia lebih untung, cuma jangan menukar wang di Hotel atau airport.

Perjalanan ke Danao Toba mengambil masa lebih kurang 6 jam melalui jalan yang sesak (macet), jalan tikus dan jalan ular. Kami singgah makan di kedai makanan minang Simpang Tiga. Selepas makan, pemandu pelancong Dani beritahu “Makanan minang sedap kerana santannya dimana chef memerah santan pakai seluar”. Tergaman Su Ha. Kak Zah menjawab “memanglah chef pakai seluar memerah santan kelapa, takkan berbogel”.

Kedai Makan Simpang Tiga Medan

Kedai Makan Simpang Tiga Medan

Perjalanan kami penuh dengan gelak ketawa dan meriah disamping kesesakkan jalan raya. Satu ketika tourist guide kami melanggar belakang kenderaan lain dan telah membayar gantirugi kenderaan tersebut. Namun tourist guide kami sentiasa ceria seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Kami singgah di kilang paten iaitu kedai kacang tang ting tung dengan menjual pelbagai jenis kacang. Selepas membeli kacang, kami meneruskan perjalanan dan kak zah bertanya tentang kejauhan perjalanan ke Danoa Toba. Danny menjawab “Dekat dah. hanya 2 simpang je”. Kak Za yang pendiam menjawab “memang la dua simpang saja, kiri dan kanan saja”. Perjalanan ke danao toba dimeriahkan dengan gelak ketawa dan peringatan mengoda Ku Su kepada Danny “Abe Daniii…bawa slow-slow, kita nak balik malaysia lagi”. Sepanjang perjalanan melalui jalan bengkang bengkok dan disisi jalan banyak kedai menjual daging b1 (anjing) dan b2 (babi). Selepas singgah sembahyang di Masjid Al Mujahiddin kami meneruskan perjalanan dalam hujan renyai-renyai dan sampai di bandar Parapat pukul 7 petang.

Masjid Al Mujahiddin Medan

Masjid Al Mujahiddin Medan

Kami makan di Kedai Makanan Muslim yang tersedia iaitu nasi udang galah tasik. Parapat diberikan nama sempena posisi rumah yang bertingkat-tingkat dan rapat-rapat. Kaum perempuan memang minat bershopping, lepas makan terus ke kedai pakaian membeli pakaian. Aku, Dani dan rakan sekampung Danny iaitu Daniel Tour Medan menunggu di kedai kopi sambil hisap rokok. Menurut Daniel, Danny dikenali sebagai “Gembung” di kampungnya. Terima kasih Daniel Tour Medan dan Danny kerana belanja tea tarik. Orang-orang Medan memang peramah dan mudah mesra kerana Malaysia dan Indonesia sebenarnya adalah dari rumpun bangsa yang sama. Selepas selesai membeli barangan kami dihantar ke Danau Toba Cottage yang tiada aircond kerana parapat adalah kawasan tinggi yang sejuk.

PENGALAMAN PERCUTIAN DI PULAU TOMOK DAN AIR TERJUN SIPISO-PISO

Seawal pagi pukul 8 pagi kami sarapan pagi sambil menikmati panorama indah lake toba sambil bergambar.

Danau Toba Cottage Tasik Danau Toba

Danau Toba Cottage Tasik Danau Toba

Kami kagum melihat keindahan alam ciptaan tuhan di tasik toba dengan airnya yang membiru. Penduduk di Danau Toba ini kebanyakannye ialah orang batak. Semua kaum wanita mengikut Su Ha yang membawa monopod untuk mengambil peluang bergambar bersama.

Lake Toba Medan Indonesia

Lake Toba Medan Indonesia

Tasik Danau toba adalah tasik danau terbesar di tanah air indonesa hasil dari letusan gurung berapi 5000 tahun dahulu. Ditengah danau toba terdapat sebuah pulau iaitu pulau samosir. Pulau Samosir terdapat beberapa desa yang luasnya mencapai 600 km persegi dan merupakan pulau ditengah danau terluas ke-5 di dunia. Keluasan danau toba sekitar 100 km dan lebar 30 km dan kedalamannya boleh mencapai 505 meter. Danau ini barada diatas ketinggian 900 meter dari pemukaaan air laut. Perkataan glamour di sini adalah “HORAS” yang bermaksub selamat datang.

Feri ke Pulau Simosir Tasik Toba

Feri ke Pulau Simosir Tasik Toba

Selepas sarapan pagi kami bergerak ke Tomok island iaitu perkampungan budaya batak di desa tomok dengan menaiki feri selama 45 minit. Di Pulau Tomok ini terdapat deretan kedai menjual pelbagai pakaian dan cenderahati buatan orang batak. Harga kraftangan di sini lebih murah berbanding di Medan atau Parapat. Kami di bawa ke rumah penghulu orang batak dan diberi penerangan oleh Dani serta di suruh menari kebudayaan orang batak.

Pulau Tomok Lake Toba

Pulau Tomok Lake Toba

Melalui deretan kedai orang batak ini kita akan di tawarkan dengan pelbagai barangan hingga ada pekedai yang memegang tangan supaya membeli barangan mereka.

Dalam perjalanan pulang kami di hiburkan dengan persembahan nyanyian di atas bot dengan nyanyian lagu batak, indonesia dan lagu malaysia. Abang Amran bercerita bagaimana ia ditarik kedalam kedai perkampungan batak dan selalu diikuti penjual jalanan. Dengan bersahaja ia berkata “ Rupo sayo supo ore batok ko?, ramai peminat ni?” Kami hanya ketawa dan Kak Za hanya tersengih. Walaupun abang Amran diminati oleh penjual di sini, namun orang yang paling glamour adalah Kak Cda kerana lagenda permaisuri batak dan desa berdekatan bernama Cda seperti yang diceritakan oleh Danny.

Pemandangan indah Danau Toba

Pemandangan indah Danau Toba

Perjalanan kami seterusnya adalah menyusuri tasik danau toba ke Berastagi yang mengambil masa 4 jam dengan jalan yang bengkang bengkok. Dalam perjalanan ini kami dapat menikmati pemandangan indah danau toba dan binatang liar seperti monyet liar. Dani banyak berteka teki antaranya “Apakah perbezaan monyet dgn manusia?”. Tiada siapa dapat menjawab. Danny beri jawapan “Beza monyet dengan manusia ialah monyet ekor di depan, manusia lelaki ekor di depan” semua perempuan tergelak ketawa terutama Nik Nor dan Zila. Dalam perjalanan ini Dani bercerita tentang asal usul orang batak, lagenda ikan emas dan sebagainya. Kami singgah berhenti di Simarjurunjung iaitu ladang teh halia herba untuk minum teh halia. Pemandangan di sini cantik dan sejuk kerana ia adalah tempat tinggi hujung Lake Toba.

Kami meneruskan perjalanan dengan meriah dan gelak ketawa terutama Ku Su yang sentiasa mengingatkan Dani “Abe Dani, bawak keto molek, kami nak balik ke Malaysia”. Dani tersimpul malu tersengih mengeluarkan kata-kata “Heh Heh Heh”. Suasana dalam van amat meriah dengan suasana serta pemandangan yang menarik. Kak Zah membuka video semasa tarian batak, terus Ku Su berkata kepadaku “Cikgu Diee, menari supo kayu”. Semua orang ketawa bagai nak pecah van.

Air Terjun Sipiso-piso

Air Terjun Sipiso-piso

Kami singgah di tempat tumpuan pelancung iaitu air terjun Sipiso-piso. Nama air terjun ini sipiso-piso diberikan kerana airnya yang tajam seperti pisau. Air terjun ini berada di paras ketinggian lebih kurang 800 meter dari permukaan laut dan mempunyai 1000 anak tangga untuk turun ke tempat air terjun tersebut.

Sipiso piso waterfalls

Sipiso piso waterfalls

Kami singgah di Masjid Agung pada pukul 6.30 petang untuk bersembahyang dan makan malam di Kedai makan Bistro Mexico, Berastagi. Berastagi adalah tempat tempat tinggi dan subur yang merupakan pengeluaran pelbagai sayuran.

Hotel Green garden Berastagi

Hotel Green garden Berastagi

Kami menginap di Hotel Green Garden dengan pemandangan gunung berapi yang masih aktif dimana dapat dilihat asap gunung berapi yang sentiasa batuk mengeluarkan letusan yang kecil.

PENGALAMAN PERCUTIAN DI BERASTAGI DAN MEDAN HARI KEEMPAT

Perjalanan pulang dari Berastagi ke Medan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kami singgah di Pasar Buah yang menjual pelbagai jenis buah-buahan dan pakaian.

Pemandangan di Berastagi

Pemandangan di Berastagi

Dalam perjalanan pulang ke Medan, apabila jumpa pemandangan indah, kami suruh Dani berhenti untuk mengambil gambar dan melihat keindahan alam.

istana maimun medan

istana maimun medan

Setelah sampai ke bandar Medan, Danny membawa kami ke Istana Maimoon. Istana Maimoon merupakan salah satu istana yang paling indah yang masih ada di Indonesia yang dibangun oleh Sultan Makmun Al-Rasyid Perkasa Alamsyah. Istana Maimun adalah simbol warisan Kesultanan Melayu-Deli yang didominasi dengan warna kuning, khas Melayu.

Sebelum ke airport untuk balik kami makan Bakso yang terkenal di Medan dan membeli belah di bandar Medan. Saya membeli sepuluh kotak rokok untuk di bawa balik.

Kesesakkan di bandar Medan pada waktu siang amat teruk hinggakan kenderaan amat rapat. Saya yang berada di bahagian hadapan Van sebagai copilot sentiasa menekan brek walaupun tiada pedal brek. Kami sampai di lapangan terbang Medan tepat jam 2 petang. Masalah timbul kerana terlalu banyak barang yang dibeli sedangkan hanya menempah bagasi 40 kg sahaja. Jadi kami menyusun dan terpaksa membawa barang menaiki kapal terbang bersama-sama. Semasa pemeriksaan barang, saya di sekat oleh imegresen Medan kerana membawa beg yang berat. Dikala ia memeriksa beg orang lain, saya terus menyelinak masuk. “Nasib baik imegresen tok hambat (kejar)” dalam hati berkata. Di ruangan berlepas sekali lagi aku disekat dan di buka beg galas kerana ada air mineral dan rokok. Imigresen kata hanya boleh membawa 7 kotak rokok sahaja. Nasib baik Abang Amran ada di belakangku dan mengatakan separuh rokok lagi kepunyaan abang Amran dan aku dilepaskan.

Tips di Lapangan Terbang Medan : Barangan yang di beli hendaklah di masukkan kedalam bagasi dan jika bawa naik kapal terbang, pecahkan barangan yang di beli kepada kuantiti yang kecil.

Alhamdulillah, kami selamat sampai di lapangan terbang KLIA2 dengan masing-masing membawa banyak barangan hinggakan ku lihat Su Ha seperti penjual barang kerana di penuhi dengan beg sekeliling badan.

Pengalaman percutian Di Medan

Pengalaman percutian Di Medan

Percutian ke Medan bersama rakan-rakan adalah pengalaman dan kenangan yang paling menarik dan terindah. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sporting semoga kita boleh bersama lagi dalam next trip.

Panduan Percutian Ke Medan : Dapatkan tourist guide yang sentiasa riang dan mudah di arah agar dapat memuaskan kehendak pelancong.

Jika mahu khidmat Pemandu Pelancong atau Tourist Guide kami Danny yang dapat memberi perkhidmatan di Medan, Surabaya, Padang dan sebagainya,

Hubungi :

Ramadhany T ( Danny ), Telefon / Whatsapp +62 813 7076 7791

Emel : dannytambusay@gmail.com

Facebook : ramadhanytambusay

Pakej 4 Hari 3 Malam ke Medan berharga lebih kurang RM400 bergantung kepada bilangan ahli dalam kumpulan.

MOHD ZAIDI JUNUS
BACA LAGIclose