Daily Archives: 16/11/2020

10 CARA PELABURAN EMAS YANG BENAR

Cara Pelaburan Emas Yang Benar

Cara Pelaburan Emas Yang Benar

10 Cara pelaburan emas yang benar dengan teknik pelaburan emas fizikal untuk menjana keuntungan dalam pelaburan dan aset harta.

Harga emas sentiasa bergerak naik atau turun sepanjang masa. Jadi, pelaburan emas sebenarnya bukanlah suatu pelaburan yang menjamin keuntungan kecuali mempunyai ilmu dan cara pelaburan yang betul. Semua pelaburan mempunyai risiko, namun pelaburan emas fizikal adalah pelaburan yang paling tidak berisiko, paling selamat dan paling menguntungkan jika mempunyai ilmu, matlamat dan cara yang betul.

Saya telah menceburi pelaburan emas sejak tahun 2010 iaitu melebihi 10 tahun mendapati pelaburan emas memang tidak merugikan, malah akan mendapat keuntungan dan seterusnya menghasilkan pendapatan yang lumayan. Cara pelaburan emas yang betul dari pengalaman sendiri dalam pelaburan dan perniagaan emas sejak 10 tahun sebagai panduan dan tips menjana keuntungan pelaburan emas.

10 CARA PELABURAN EMAS YANG BENAR, MENGUNTUNGKAN DAN SELAMAT

Sejarah telah membuktikan bahawa harga emas sentiasa naik dalam tempoh panjang jadi pelaburan emas tidak akan rugi selagi tidak menjualnya. Cara pelaburan emas yang sebenarnya dan menguntungkan adalah seperti di bawah :

  1. BELI JENIS EMAS YANG SESUAI

Perkara asas dalam pelaburan emas adalah membeli emas yang sesuai untuk pelaburan dan dari syarikat emas pelaburan yang betul. Contoh, gold bar atau emas dinar 999.9 adalah emas khas untuk pelaburan, bukannya membeli barang kemas untuk pelaburan.

Pelaburan Emas Public Gold

Pelaburan Emas Public Gold

Skala keuntungan jongkong emas pelaburan adalah 3 kali ganda emas perhiasan berdasarkan purata spread emas pelaburan lebih kurang 7% dengan purata spread emas perhiasan lebih kurang 21%. Begitu juga skala keuntungan sama-sama jongkong emas pelaburan berjenama dengan jenama tidak terkenal atau gold bar luar negara 3 kali ganda kerana gold bar kurang berjenama yang dijual ke syarikat emas lain dikira used gold dan dipotong harga jual lebih rendah. Contoh, gold bar kurang berjenama dijual ke syarikat emas lain akan dipotong harga hingga 21% kerana dikira used gold, namun jika jual gold bar berjenama seperti gold bar Public Gold akan dapat harga jual lebih tinggi, adakalanya melebihi harga jual pada syarikat Public Gold sendiri.

Jadi, pelaburan emas yang betul adalah membeli jongkong emas khas untuk pelaburan daan membeli jongkong emas berjenama yang kukuh, terkenal dan dipercayai.

  1. TETAPKAN TUJUAN BELI EMAS

Tetapkan tujuan beli emas adalah untuk membina aset, simpanan dana kecemasan, pelindung kejatuhan wang dan pengelak kebocoran wang. Dengaan tujuan pelaburan emas yang betul, pastinya pelaburan emas tidak merugikan malah akan menjana keuntungan walaupun beli pada harga tinggi kerana harga emas akan naik dalam tempoh panjang selari dengan kenaikkan harga barang dan kejatuhan nilai wang ringgit. Contohnya, beli emas bulan lepas pada harga tinggi dan selepas itu harga emas turun, jika kecemasan wang, maka emas boleh dipajak terlebih dahulu untuk mendapatkan wang segera iaitu tidak perlu menjual emas dalam simpanan.

Kejatuhan Nilai Wang Ringgit malaysia

Kejatuhan Nilai Wang Ringgit malaysia

Tetapkan tujuan utama menyimpan emas adalah sebagai pelindung nilai kejatuhan nilai wang. Fakta yang telah diketahui bahawa nilai duit kertas menyusut setiap tahun dengan purata 5% bergantung kepada ekonomi negara malaysia. Contoh ringkas, tahun 2000, wang RM50 boleh membeli 2 bakul barang, tahun 2010 dengan wang RM50 hanya dapat membeli 1 bakul barang dan kini tahun 2020 dengan wang RM50 yang sama hanya dapat membeli 1 plastik barangan sahaja.

Jadi, tetapkan tujuan simpanan emas utama adalah sebagai pelindung nilai dari kejatuhan nilai wang, dana kecemasan yang mudah di pajak, pengelak kebocoran wang dan pelaburan masa depan.

  1. BELI EMAS UNTUK JANGKAMASA PANJANG

Pelaburan emas fizikal adalah pelaburan untuk jangka masa panjang. Jadi, pelaburan emas yang benar dengan sentiasa beli emas untuk kumpul emas sedikit demi sedikit untuk mengumpul emas. Cara pelaburan yang betul bagi modal kecil adalah dengan beli emas program GAP untuk kumpul emas sedikit demi sedikit untuk kumpul aset dan mengeluarkan jenis emas fizikal aset yang besar. Bagi modal besar boleh terus beli jongkong emas yang besar yang lebih rendah peratus spread dan lebih menguntungkan.

Perbandingan Harga Emas Dunia Dengan Harga Emas Malaysia

Perbandingan Harga Emas Dunia Dengan Harga Emas Malaysia

Perbandingan harga emas dunia dengan harga emas Malaysia membuktikan bahawa emas penyelamat kejatuhan nilai wang, dimana walau harga emas dunia rendah, namun harga emas dalam ringgit malaysia sentiasa naik. Ini adalah kerana harga emas dunia dalam dolar Amerika dan kejatuhan matawang Ringgit Malaysia akan menaikkan harga emas dalam ringgit walaupun harga emas dunia rendah. Jangan tunggu beli emas kerana beli emas takkan rugi kerana harga akan sentiasa meningkat atau jika harga rendah boleh digadai. Beli saja emas bila ada wang. Jangan risau atau ambil tahu sangat dengan kenaikkan atau penurunan harga emas kerana tujuan sebenarnya adalah untuk mengumpul aset emas dan mengelak kebocoran wang. Jangan harapkan keuntungan daripada pelaburan emas selepas 2 atau 3 bulan, tapi kena harapkan keuntungan selepas 2 atau 3 tahun. Biasanya kenaikkan harga emas purata antara 15% hingga 20% setahun sudah cukup baik berbanding simpanan wang dengan banyak kelebihan lain simpan emas.

  1. SENTIASA BELI EMAS

Cara pelaburan emas yang betul adalah dengan sentiasa membeli emas untuk mengumpul aset dengan keyakinan penuh harga emas akan naik dalam jangkamasa panjang. Sejarah telah membuktikan bahawa harga emas akan naik dalam jangkamasa panjang selari dengan kenaikkan barang dan kejatuhan nilai wang. Harga barang naik, harga emas turut sama naik kerana kejatuhan nilai wang. Tak pernah wujud dalam sejarah harga barang turun harga dan belum pernah ada dalam sejarah orang bangkrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bangkrap disebabkan simpan duit kertas.

Teknik Pelaburan Emas

Teknik Pelaburan Emas

Jadi, turun naik harga emas dalam tempoh pendek adalah perkara biasa dan menganggap kejatuhan harga emas adalah rezeki kerana dapat peluang membeli emas pada harga rendah untuk menambah koleksi simpanan emas melalui teknik pemurataan harga. Sahabat yang belum pernah beli emas, jangan tunggu harga emas rendah, namun terus bertindak membeli emas sebagai tapak pelaburan atau benchmark harga sebelum wang habis dibelanjakan. cadangan saya adalah dengan membeli emas akaun GAP minima RM100 untuk mengenali dan akan lebih memahami tentang pelaburan emas fizikal Public Gold. Klik CARA BELI EMAS GAP untuk maklumat program kumpul emas pelaburan fizikal melalui akaun emas GAP (Gold Accumulation Program). Jangan tunggu beli emas kerana keuntungan pelaburan emas bukan bergantung kepada harga emas yang di beli, tetapi juga kepada harga emas masa menjual.

  1. BELI EMAS LEBIH BANYAK PADA HARGA RENDAH

Teknik pelaburan emas yang betul adalah membeli emas lebih banyak pada harga rendah. Harga emas berubah setiap saat dan pastinya harga emas naik dan turun setiap masa. Kebanyakkan pelabur emas beli emas bila harga naik memuncak kerana ikut-ikut atau kerana berita kenaikkan harga emas dan tidak beli emas pada harga turun rendah. Bila harga emas jatuh, tidak ramai yang beli emas sebab takut harga emas turun lagi. Jadi, cara pelaburan emas yang betul adalah membeli emas lebih banyak pada harga emas turun untuk menambah aset emas yang lebih murah. Pada harga emas rendah sepatutnya usahan menambah aset emas dimana jika kekurangan wang boleh membeli emas secara ansuran atau beli emas GAP untuk merebut peluang harga emas rendah.

Harga Emas Terkini

Harga Emas Terkini

Kini harga emas turun iaitu masa sesuai beli emas untuk borong emas pada harga emas turun jadi sepatutnya rebut peluang membeli emas lebih banyak unutk pemurataan harga dan menambah aset emas kerana mungkin harga emas kini tidak akan di jumpai lagi, seperti harga emas RM200 segram pada tahun 2019.

  1. TAHU PERATUS SPREAD EMAS

Cara pelaburan emas yang betul adalah mengetahui peratus spread atau susut nilai emas. Pelabur emas mesti mengetahui peratus spread emas supaya dapat menyimpan jenis emas yang mempunyai peratus spread terendah untuk mendapat keuntungan maksima. Di kedai emas hanya memaparkan harga jual emas, namun harga beli balik emas tidak dipaparkan menyebabkan pembeli emas tidak mengetahui peratus spread harga emas. Harga jual balik emas kepada kedai emas adalah mengikut tauke kedai emas yang tidak diketahui dan tidak telus.

Peratus Spread Emas Public Gold

Peratus Spread Emas Public Gold

Peratus spread emas adalah PERBEZAAN harga jualan dan harga belian emas dengan  formula peratus spread ialah :

Peratus spread = Harga jualan – Harga belian/Harga jualan X 100

Lebih kecil peratus spread lebih bagus dan lebih untung. Jongkong emas pelaburan yang lebih besar, lebih murah dan lebih rendah peratus spread. Peratus spread emas tiada kawalan atau ketetapan daripada badan-badan tertentu daripada kerajaan, maka peratus spread spread ditentukan oleh pengeluar/bank/tauke kedai sendiri. Namun, Public Gold telah menetapkan peratus spread setiap jenis emas yang telus mengikut harga emas dunia.

Ramai juga yang keliru dan tidak faham tentang peratus spread hingga tidak mahu menyimpan emas kerana katanya rugi, apabila melihat harga semasa jual balik lebih rendah dari harga beli sedangakan peratus spread ada dalam semua barangan atau pelaburan. Contoh, jika beli barangan seperi telefon bimbit, kereta atau motor hari ini, keesokkannya mahu jual, pastinya harga jual balik berkurang, di potong dari harga beli. Begitu juga pelaburan lain seperti dana amanah, forex dan sebagainya mempunyai spread yang terus dipotong selepas membuat sesuatu pelaburan. Kelebihan simpanan emas adalah peratus spread tetap dan kekal berbanding spread atau susut nilai barangan yang sentiasa menyusut seperti kereta yang menyusut hingga jadi sifar bila di simpan lama.

  1. BELAJAR ILMU PELABURAN EMAS

Semua pelaburan atau bidang perniagaan perlukan ilmu dan pengalaman untuk mendapat keuntungan maksima dan berjaya pelaburan emas. Pembelian emas untuk pelaburan juga perlu ilmu, pengalaman serta teknik untuk mendapat keuntungan. Cara mendapatkan ilmu adalah dengan berhubung dengan pelabur yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang sesuatu pelaburan, membaca buku, menghadiri seminar dan sebagainya. Public Gold adalah SATU-SATUnya institusi yang memberi ilmu pelaburan emas percuma melalui dealer, seminar, fb live, kursus dan sebagainya. Maklumat dan bimbingan pelaburan emas Public Gold boleh whatsapp 019-9185593 Mohd Zaidi Bin Junus, PG001425 Master Dealer Public Gold sejak 2010.

Situasi kini wabak covid19 menyebabkan Public Gold mengantikan seminar dan kursus dengan FB LIVE akibat PKP bagi mencegah penularan virus covid19. Fb live Public Gold sentiasa di adakan untuk memberi ilmu pelaburan emas, jualan murah, cabutan bertuah atau pelbagai promosi jualan atau promosi menjadi dealer Public Gold. Klik JADUAL EVENT FB LIVE yang diupdate setiap bulan di website Public Gold untuk mendapat ilmu pelaburan emas.

  1. BELI EMAS SEBAGAI ASET
Simpan Emas vs Simpan Wang

Simpan Emas vs Simpan Wang

Cara pelaburan emas yang sebenar adalah untuk memiliki emas sebagai aset. Pembelian emas sebagai aset sebenarnya telah mendapat keuntungan secara tanpa sedar kerana telah berjaya menukar wang yang nilainya berkurang kepada emas yang nilainya bertambah, telah memiliki aset yang boleh diwarisi dan telah memiliki dana kecemasan yang boleh di pajak. Kenaikkan harga emas sebenarnya adalah suatu bonus dalam pelaburan kerana jika tidak menukar wang kepada emas, pastinya wang habis dibelanjakan.

  1. BELI EMAS SAMBIL BERNIAGA EMAS

Teknik pelaburan emas terbaik untuk membeli emas dengan harga lebih murah adalah dengan menjadi dealer atau agen Public Gold. Dealer Public Gold akan mendapat komisen setiap belian emas sendiri yang membolehkan memiliki emas dengan harga lebih murah disamping boleh berniaga emas untuk menjana pendapatan aktif dan pendapatan pasif seumur hidup. Hanya perlu beli emas dalam jumlah tertentu seperti beli gold bar 30 gram melalui promosi untuk menjadi dealer Public Gold tanpa yuran sedangkan untuk membuka perniagaan emas perlukan modal beratus-ratus ribu. Klik KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD untuk maklumat kelebihan menjadi dealer Public Gold untuk menjana pendapatan pasif.

  1. MANIPULASI EMAS

Satu kelebihan pelaburan emas fizikal yang tiada pada pelaburan lain adalah emas boleh dimanipulasi. Cara pelaburan emas yang betul adalah dapat memanipulasi emas berdasarkan harga emas ataupun untuk tujuan tertentu. Contohnya, jika kecemasan wang pada harga emas rendah, emas boleh dipajak dahulu untuk mendapatkan wang dan sebagainya.

Cara pelaburan emas yang betul akan menambah aset emas dan menambah keuntungan dalam pelaburan emas. Pelaburan emas fizikal tiada risiko kerugian, malah menguntungkan apabila dilakukan dengan cara yang betul dan jika menjadi dealer Public Gold akan dapat menjana pendapatan pasif untuk sepanjang hayat yang boleh diwarisi.

MOHD ZAIDI JUNUS