Category Archives: PELABURAN

KENAPA EMAS NAIK DAN RAMALAN HARGA EMAS TAHUN 2020

Kenapa Emas Naik Dan Ramalan Harga Emas 2020

Kenapa Emas Naik Dan Ramalan Harga Emas 2020

Kenapa emas naik dan ramalan harga emas tahun 2020 dengan bukti dan alasan utama faktor kenaikkan harga emas tahun 2020

Tahun 2020 dijangkakan tahun emas bersinar bermula dengan kenaikkan harga emas tertinggi iaitu RM218 segram pada 8 januari 2020 yang merupakan harga emas tertinggi sejak 2012 hasil daripada konflik iran dan Amerika Syarikat dimana iran telah melancarkan roket ke pengkalan tentera US di Iraq kerana tindakan balas kematian general Iran. Harga emas menunjukkan kenaikkan yang positif setelah naik 15% pada tahun 2019.

Kenapa beli emas tahun 2020?. Harga emas dijangkakan terus melonjak naik tahun 2020 dengan faktor utama kenaikkan harga emas dan 12 sebab harga emas terus naik tahun 2020.  

KENAPA HARGA EMAS NAIK MELONJAK TAHUN 2020

12 Alasan harga emas terus naik tahun 2020 :

  1. KEMELESETAN EKONOMI DUNIA
Impak Coronavirus

Impak Coronavirus

Kemelesetan ekonomi dunia di sebabkan oleh wabak Coronavirus dan ketegangan di timur tengah seperti iran, syria dan sebagainya seluruh dunia. Pelbagai konflik dunia seperti penyakit Coronavirus, ketegangan di Timur tengah dan sebagainya menyebabkan ketidaktentuan ekonomi akan menaikkan harga emas apabila pelabur beralih kepada pelaburan yang selamat iaitu emas. Ketegangan politik di timur tengah memberi kesan langsung apabila harga emas terus naik, harga minyak naik sementara harga pasaran saham dunia atau saham tempatan malaysia turun. Ketegangan di timur tengah menyebabkan permintaan meningkat terhadap emas dan pelabur beralih kepada pelaburan yang selamat iaitu emas.

  1. HARGA RESISTANCE EMAS PECAH
Harga Emas Resistance

Harga Emas Resistance

Harga resistance emas telah pecah di awal tahun 2020. Harga resistance emas iaitu 1500 us/oz telah mula pecah dan dijangka harga emas akan terus naik. harga emas resitance iaitu rintangan jangka panjang antara $ 1500- $ 1550, namun harga tersebut telah pecah kepada $ 1557 pada tahun 2019. Pemecahan zon harga resistance dijangka akan melonjakkan harga emas tahun 2020.

  1. KITARAN EKONOMI GLOBAL
Economic Confidence Model

Economic Confidence Model

Kitaran ekonomi global melalui melalui Model Keyakinan Ekonomi, Economic Confidence Model (ECM) adalah kitaran ekonomi global 8.6 tahun. Martin Armstrong menemui Model Keyakinan Ekonomi 8.6 tahun yang telah meramalkan krisis Keyakinan Ekonomi. Kitaran Keyakinan Ekonomi 8.6 tahun dijangka rendah pada bulan Jun 2011 dan tahun 2020 dimana Model Keyakinan Ekonomi (ECM) berkadar songsang dengan harga emas. Berdasarkan Model Keyakinan Ekonomi (ECM) kemelesetan ekonomi yang menyebabkan kenaikkan harga emas pada jun 2011 (telah berlalu tepat) dan seterusnya pada tahun 2020.

Model Keyakinan Ekonomi merujuk kepada kemelesetan ekonomi dunia iaitu berkaitan kejatuhan matawang dolar Amerika. Harga emas pula berkadar songsang dengan mata wang dolar. Jadi, berdasarkan Economic Confidence Model (ECM) pada tahun 2011 matawang dolar jatuh dan harga emas betul mengalami kenaikan harga tertinggi. Apabila matawang dolar mengukuh, maka sebaliknya harga emas akan naik. Jadi, ramalan harga emas berdasarkan Economic Confidence Model (ECM) mengalami kenaikan harga tertinggi pada tahun 2020.

  1. RAMALAN HARGA EMAS 2020

Ramalan harga emas 2020 menunjukkan petanda positif apabila ramai pelabur dan penganalisa data meramalkan harga emas naik 2000 us/oz pada tahun 2020.

Ramalan harga Emas Tahun 2020

Ramalan harga Emas Tahun 2020

Penganalisis teknikal Fawad Razaqzada dari City Index’s bold prediction mengatakan bahawa dia menjangkakan harga emas mencecah paras harga baru tertinggi pada tahun 2020, dengan harga emas $ 2,000 satu auns.

As part of City Index’s bold prediction, technical analyst Fawad Razaqzada said that he is looking for gold to hit a new all-time high in 2020, with prices pushing to $2,000 an ounce.

Rujukan KLIK Outlook 2020 Bold call: gold prices to hit $2,000 in 2020 – City Index

Greg Jensen, co-chief investment officer of $160bn hedge fund Bridgewater pula  meramalkan kenaikan harga emas 2020 kepada $ 2,000 per ounce dan memberi nasihat kepada para pelabur untuk membuat pelaburan emas sebagai ‘landasan’ bagi portfolio pelaburan mereka kerana dengan risiko geopolitik meningkat – dan ledakan dekade terakhir dalam harga aset AS sekarang mungkin pudar – “Fed tidak akan menjadi lebih awal” dalam cuba membendung kenaikan inflasi.

For gold prices, “That’s a big deal,” Jensen says, forecasting a rise to $2,000 per ounce and advising investors to make bullion a ‘cornerstone’ of their portfolios because with geopolitical risks rising – and the last decade’s boom in US asset prices now likely to fade – “the Fed won’t be pre-emptive” in trying to stem rising inflation.

Rujukan KLIK Gold Price $2,000 Forecast as Fed Swears Off Fighting Inflation

  1. KETEGANGAN PERANG PERDAGANGAN U.S DAN CINA

Ketegangan perang perdagangan antara U.S. dan China berterusan tanpa mendapat jalan penyelesaian ditambah dengan isu-isu penting seperti protes Hong Kong dan rawatan China terhadap kaum Uighur telah menjadi pemacu kepada harga emas tahun 2019 dan dijangka berterusan kepada tahun 2020.

  1. KELEMAHAN EKONOMI AMERIKA SYARIKAT

Kelemahan ekonomi Amerika Syarikat, U.S akan menyebabkan matawang dolar jatuh dan seterusnya akan menaikkan harga emas. Ekonomi US semakin lemah untuk perbelanjaan ketenteraan, sektor perkilangan semakin lemah apabila pesanan barangan tahan lama turun 2% pada bulan November 2019, inflasi harga pengguna Amerika Syarikat, hutang rizab persekutuan bertambah dan sebagainya yang mendorong kepada kejatuham matawang dolar dan seterusnya kenaikkan harga emas.

  1. NEGARA-NEGARA ISLAM AKAN BERDAGANG MENGGUNAKAN EMAS

Negara-negara Islam akan berdagang menggunakan emas hasil cadangan Perdana Menteri Malaysia di Sidang Kemuncak Islam di Malaysia. Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi cadangannya supaya urusan perdagangan dalam kalangan negara Islam menggunakan dinar emas.

Tun Mahathir Seru Guna Dinar Emas

Tun Mahathir Seru Guna Dinar Emas

“Saya mencadangkan untuk meneliti semula langkah memperkenalkan dinar emas dan perdagangan barter antara negara Islam,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Sidang kemuncak itu diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan dihadiri kira-kira 20 wakil kerajaan asing. Presiden Iran, Hassan Rouhani dan Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan turut hadir dan memberikan ucapan pada hari pertama.

Selepas Sidang Kemuncak Islam berakhir di Malaysia, Iran, Malaysia, Turki dan Qatar mengumumkan bahawa mereka meneroka dagangan emas berikutan sekatan kuat oleh A.S. ke Iran. langkah negara-negara islam berdagang menggunakan emas akan menyebabkan permintaan terhadap emas meningkat dan seterusnya meningkatkan harga emas. Rujukan berita KLIK Tun M harap urusan perdagangan guna dinar emas jadi realiti.

  1. BEKALAN EMAS TELAH BERKURANG

Bekalan emas telah berkurang dimana operasi perlombongan Rusia telah meningkat pada tahun 2019. Rusia melabur 185 tan emas dari Januari hingga Julai tahun 2019. Rusia mengetuai trend dalam penimbunan emas. Berbanding tahun 2018, ini meningkat sebanyak 18%. Cukup jelas, Rusia nampaknya bergerak jauh dari dolar A.S, tetapi ia tidak bersendirian apabila semua orang yang kaya dengan bank pusat kelihatan seperti membeli emas dan menimbun simpanan kerana bekalan emas telah berkurang dan seterusnya akan menaikkan harga emas 2020.

  1. EKONOMI GLOBAL LEMAH

Ekonomi Global lemah, inflasi dan krisis ekonomi akan menyebabkan harga emas naik. Pasca ketidaktentuan ekonomi global dengan ketegangan di timur tengah dan brexit yang belum selesai pastinya akan berterusan membantu harga emas naik lebih tinggi. Banyak pelabur dan ahli ekonomi telah menimbulkan persoalan tentang negara seterusnya untuk keluar dari Kesatuan Eropah sejak United Kingdom meninggalkan Kesatuan Eropah. Ketidakpastian geopolitik pasti akan menyebabkan pelabur untuk melabur dalam emas.

  1. PENINGKATAN PERMINTAAN TERHADAP EMAS

Peningkatan permintaan terhadap emas akibat keadaan geopolitik yang tidak stabil dan situasi perniagaan dunia yang tidak menentu, disebabkan oleh sekatan menyebabkan permintaan untuk emas meningkat dengan ketara kerana aset emas dianggap sebagai cara yang paling selamat untuk menyelamatkan modal, terutama pada masa krisis antarabangsa yang berskala besar. Di samping itu, industri elektronik moden dan pergigian menyediakan permintaan berterusan dan meningkatkan harga emas tahun 2020.

  1. KEJATUHAN NILAI RINGGIT MALAYSIA

Kejatuhan nilai ringgit Malaysia akibat kesan kemelesetan global akan menyebabkan harga emas dalam ringgit malaysia akan naik. Harga emas dunia diniagakan dalam dolar amerika iaitu us/oz. Maka harga emas dalam sesuatu negara berubah apabila nilai matawang berubah kerana perubahan nilai matawang berbanding matawang dolar. Ini bermaksub, kejatuhan nilai wang akan menaikkan harga emas dalam ringgit malaysia. Carta Matawang USD dolar dengan MYR Ringgit malaysia 10 tahun boleh dirujuk di https://www.xe.com .

Nilai Ringgit Malaysia Berbanding Dolar

Nilai Ringgit Malaysia Berbanding Dolar

Kini harga emas dunia pada paras masih rendah iaitu 1556 us/oz dengan harga emas 1g kini lebih kurang RM218 hampir menyamai harga tertinggi tahun 2011 iaitu 1900 us/oz yang berharga RM220 segram.

Ringgit Malaaysia Berbanding Harga Emas Dunia

Ringgit Malaaysia Berbanding Harga Emas Dunia

Pelik, kini harga emas dalam ringgit Malaysia hampir sama tetapi harga emas dunia jauh berbeza kerana kejatuhan nilai ringgit malaysia yang menaikkan harga emas Malaysia. Jadi, apabila harga emas dunia menyamai harga emas tertinggi tahun 2011 iaitu 1900 us/oz harga emas dalam ringgit malaysia lebih kurang RM300 segram. Klik HUBUNGAN HARGA EMAS DENGAN KEJATUHAN RINGGIT MALAYSIA untuk maklumat terperinci dengan pengiraan kaitan harga emas malaysia dengan harga emas dunia.

  1. PILIHAN RAYA AMERIKA SYARIKAT

Pilihanraya Amerika Syarikat akan tiba pada tahun 2020 dan kebiasaannya akan berlaku kenaikkan terhadap harga emas.

12 sebab harga emas naik melonjak tahun 2020 semoga memberi ilmu tentang pelaburan emas dan membuka hati untuk menyimpan emas pada tahun 2020 sebelum harga emas melonjak tinggi. Sudah tentu bagi pelabur, penyimpan dan peniaga emas, tahun 2020 ini adalah masa keemasan mereka untuk mula membeli atau menambah stok simpanan emas untuk mendapat keuntungan dalam pelaburan pada akhir tahun 2020.

Pelaburan Emas Public Gold

Pelaburan Emas Public Gold

Pelaburan terbaik tahun 2020 adalah pelaburan emas dan emas terbaik untuk simpanan dan pelaburan adalah emas yang dibuat khusus untuk pelaburan iaitu jongkong emas (gold bar) atau emas dinar Public Gold.

Terdapat pelbagai pilihan untuk mula membeli atau menambah simpanan emas :

  1. Beli emas secara biasa, beli emas dapat emas dan simpan sendiri dengan klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD
  2. Beli emas akaun GAP, beli emas kumpul dalam akaun gap dan boleh keluarkan pelbagai emas fizikal dengan modal permulaan hanya RM100 untuk kumpul emas sedikit demi sedikit. Klik CARA BELI EMAS AKAUN FIZIKAL GAP PUBLIC GOLD

Maklumat tentang pelaburan dan perniagaan emas fizikal, whatsapp 0199185593 iaitu Founder Master Dealer Public Gold, Mohd Zaidi bin Junus, PG001425 yang berpengalaman dalam pelaburan dan perniagaan emas sejak 2010.

MOHD ZAIDI JUNUS