Tag Archives: aset dan liabiliti

BAGAIMANA MENJADI KAYA DENGAN MUDAH

Bagaimana Menjadi Kaya Dengan Mudah

Bagaimana Menjadi Kaya Dengan Mudah

Bagaimana menjadi kaya dengan mudah dari rahsia orang kaya bertambah kaya, rahsia bebas hutang, kenapa jadi kaya dan cara menjadi kaya dengan makan gaji.

Apa maksud kekayaan? Perkataan “kekayaan” sebenarnya berasal dari dua perkataan Bahasa Inggeris lama; “Weal” (bermakna kesejahteraan) dan “th” (ertinya keadaan) yang apabila digabungkan bermakna “keadaan kesejahteraan”. Maksub kekayaan dalam islam pula adalah kaya hati, iaitu keadaan yang memberi kebahagaian dan ketenangan dalam hidup. Untuk mencapai kebaahagian, kesejahteraan dan ketenangan, perkara utama dlam hiddup hari ini adalah mempunyai simpanan aset untuk bekalan perbelanjaan dan bekalan dana kecemasan. Jika mempunyai banyak yang berbentuk liabiliti seperti rumah, kereta mewah dan sebagainya masih belum di anggap kekayaan sebenar kerana masih mempunyai hutang dan hati yang tidak bahagia kerana mesti membayar hutang.

Rahsia Orang Kaya Bertambah Kaya

Rahsia Orang Kaya Bertambah Kaya

Kelmarin saya dihubungi oleh seorang peniaga yang ingin membeli 2 keping gold bar 250 gram sebagai simpanan aset harta dan mengalih wang kepada emas. Apabila berjumpa dengannya di cawangan Public Gold Kota Bharu, saya terkejut kerana orangnya hensem masih muda, iaitu dalam umur 20 an tapi mahu membeli gold bar 250 gram yang berharga lebih kurang RM100k. Katanya, ia hanya sempat keluarkan wang untuk membeli sekeping gold bar 250g, tapi stok gold bar 250g tidak ada di cawangan Public Gold. Jadi, sebagai permulaan ia membeli sekeping gold bar Bungamas 100g.

Harga Gold Bar Bungamas 100 gram Public Gold

Harga Gold Bar Bungamas 100 gram Public Gold

Semasa bersembang ia menceritakan tabiat rakan-rakan peniaganya yang sentiasa membeli aset bernilai seperti emas atau tanah untuk simpanan dan pelaburan masa depan. Rahsia orang kaya bertambah kaya adalah dengan sentiasa menyimpan aset berharga dan wang tunai hanya cukup untuk pusing modal perniagaan. Mereka menyimpan dahulu, bukan berbelanja dahulu. Saya kongsikan bagaimana menjadi kaya dengan mudah, panduan menjadi kaya, rahsia menjadi kaya ataupun rahsia orang kaya bertambah kaya.

RAHSIA MENJADI KAYA

  1. SIMPAN DAHULU

Rahsia paling utama menjadi kaya adalah dengan menyimpan. Tabiat lumrah manusia wang untuk di belanjakan, jadi simpanan menjadi asas utama untuk menjadi kaya. Pakar kewangan biasanya mencadangkan menyimpan minima 10% dari jumlah pendapatan. Cuba renungkan adakah kita telah bertindak menyimpan 10% dari pendapatan atau wang gaji hilang entah tanpa kesan.

Gaji sedikit bukan alasan untuk tidak menyimpan, kerana lumrah kehidupnan “Lagi besar periuk nasi, Lagi banyak kerak” iaitu bermaksub lagi besar pendapatan, lagi besar perbelanjaan. Perkara paling penting ialah memupuk tabiat disiplin menyimpan untuk mencapai kebahagian hidup tanpa masalah kewangan dan menjadi kaya.

  1. GANDAKAN WANG

Rahsia bagaimana orang kaya menjadi bertambah kaya adalah dengan mengandakan wang. Simpanan wang tidak disimpan begitu sahaja di bank atau di bawah bantal kerana nilai wang mesti jatuh jika disimpan lama. Jadi, wang simpanan di gandakan dengan mengembangkan perniagaan, membeli aset berharga atau melabur dalam hartanah, emas, saham dan sebagainya.

Perkara paling penting untuk mengandakan wang ialah ilmu pelaburan. Jika melabur dalam emas, hendaklah mempunyai ilmu tentang emas seperti menyimpan gold bar atau jongkong emas bukan menyimpan emas perhiasan. KLIK 15 KESILAPAN DALAM PELABURAN EMAS DAN CARA MENGATASI MASALAH.

  1. TERUS BERTINDAK
Tindakan Pertama Menjadi Kaya

Tindakan Pertama Menjadi Kaya

Faktor utama yang memberi masalah kewangan, bebanan hutang dan tidak kaya adalah TIDAK BERTINDAK. Mereka takut bertindak dan menunggu terus menunggu tanpa apa-apa tindakan. Walau baca beribu-ribu buku untuk mendapat ilmu, tanpa tindakan permulaan pastinya tidak mendatangkan hasil. Jika mahu mula berniaga, terus bertindak berniaga secara kecil-kecilan tanpa fikirkan risiko, kerana semua risiko akan di atasi kemudian. Jika mahu melabur emas, terus mula dengan beli emas RM100 sebagai tapak pelaburan. Klik CARA BELI EMAS GAP PUBLIC GOLD RM100 UNTUK MULA PELABURAN EMAS.

Cara Menjadi Kaya

Cara Menjadi Kaya

Pengalaman sendiri dalam pelaburan dan perniagaan emas sejak 2010, pelaburan emas Public Gold terbaik kerana satu-satunya syarikat emas yang memberi peluang pelaburan dan perniagaan emas serta pelbagai produk public gold untuk menjana pendapatan dan menjadi kaya hati iaitu mempunyai bekalan dana aset serta bekalan dana kecemasan. Memang benar moto Public Gold Group iaitu “Ultimate Wealth Protector” iaitu dengan memiliki emas ianya adalah pelindung kekayaan mutlak.

Rahsia menjadi kaya dengan mudah tanpa risiko adalah dengan mengumpul emas Public Gold. Gaji sedikit bukan penghalang kerana pelaburan emas Public Gold boleh membeli emas serendah RM100 untuk kumpul emas dan membina kekayaan. Pelaburan emas Public Gold memang terbukti membuatkan penyimpannya bertambah kaya. Bukan sebab harga emas naik melambung-lambung, tetapi disebabkan aura emas iaitu tabiat menyimpan emas, simpanan emas lebih kekal yang disayangi susah untuk dijual, ilmu manipulasi emas seperti pajak emas menyebabkan menyebabkan simpanan emas terus bertambah.

Disiplin dan tabiat suka simpan emas adalah tabiat yang bagus, walau terasa kesempitan wang disebabkan membeli emas kerana pembelian emas telah berjaya mengelak kebocoran wang dan menambah aset berharga. Apabila membeli emas, ia kelihatan seperti duit habis dibelanja, tapi sebenarnya telah berjaya selamatkan wang dari perbelanjaan tidak berfaedah dan telah berjaya menyimpan aset emas. Emas sebenarnya adalah wang universal yang laku seluruh dunia dan sentiasa bernilai tinggi. Apabila memiliki emas, hati akan tenang kerana telah mempunyai aset harta dan bekalan dana kecemasan yang menyebabkan penyimpan emas “terpaksa menjadi kaya”.

KENAPA PERLU KAYA

Kekayaan sering dikaitkan dengan orang yang ego, sombong, gila harta dunia, tak ingat mati, riak dan sebagainya yang membentuk persepsi negatif dalam diri orang kaya. Sebenarnya kekayaan bukanlah penyumbang kepada persepsi negatif atau kejahatan tetapi bagaimana pengurusan kekayaan yang menentukan kekayaan menjadi lebih baik atau sebaliknya. Sebenarnya kekayaan itu lebih baik dari miskin kerana lebih banyak peluang untuk dimanfaatkan harta untuk mendapat pahala seperti membayar zakat, sedekah, menunaikan haji dan umrah, membantu golongan yang susah dan sebagainya.

Kenapa perlu kaya, 3 tujuan menjadi kaya adalah untuk :

  1. MEMENUHI HARGA DIRI SERTA IMPIAN DIRI TANPA MENGEMIS

Semua orang mempunyai impian dan impian boleh di capai dengan memiliki kekayaan. Agak kejam jika khianati impian diri sendiri setelah bekerja bertungkus lumus setiap hari. Apabila impian diri telah tercapai, perasaan diri akan rasa kepuasan dan seterusnya akan lebih bersemangat untuk terus berusaha. Kekayaan pastinya mengelak diri dari sikap yang dibenci oleh Allah iaitu meminta-minta kerana “Tangan Di atas, lebih baik dari tangan di bawah”.

  1. MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB NAFKAH KELUARGA

Kekayaan amat penting untuk memunaikan tanggungjawab nafkah keluarga dengan tingkatkan taraf ekonomi dan taraf hidup keluarga sendiri. Kekayaan akan dapat menunaikan tanggungjawab keluarga dengan menyediakan tempat tinggal yang selesa, pelajaran yang baik dan sebagainya.

  1. MENOLONG ORANG SEKELILING SERTA JIHAD HARTA

Kekayaan akan dapat menolong orang sekeliling, perkembangkan ekonomi islam dengan zakat, sedekah, memunaikan haji serta jihad harta yang menggunakan harta ke jalan allah seperti membina madrasah, wakaf dan sebagainya yang menjamin pahala hingga hari akhirat.

Sabda Rasulullah SAW, kita tidak boleh berasa iri hati kecuali kepada 3 orang :

  1. Orang yang berilmu yang beramal dan mengajarkannya
  2. Orang yang mati syahid
  3. Orang yang kaya, yang dermawan
Beza Orang Kaya Dengan Orang Miskin

Beza Orang Kaya Dengan Orang Miskin

3 Rahsia menjadi kaya di harapkan dapat membantu untuk menjadi kaya dan bahagia dunia dan akhirat. Kadang-kadang kita terlupa dan tersalah anggap dengan menganggap rumah, kereta, pinjaman asb adalah ASET. Sebenarnya rumah, kereta, pinjaman ASB dan sebagainya yang perlukan tanggungan, masih berhutang atau nilaainya sentiasa berkurang sebenarnya adalah BUKAN ASET. Contoh, kereta yang dugunakan selepas 10 tahun, walaupun sudah habis bayar pinjaman, namun kereta bukan aset kerana nilainya menyusut dengan banyak. Jika harga kereta yang dibeli 10 tahun lepas berharga RM50 ribu, nilainya kereta selepas 10 tahun tidak sampai pun RM10 ribu. Jadi, rumah, kereta, pinjman ASB dan sebagainya yang masih memiliki hutang, membebankan kewangan dan nilainya berkurang adalah bukan aset, tetapi LIABILITI atau dipanggil juga “aset menyusut” kerana nilainya menyusut hingga tiada nilai. Aset menyusut tidak membantu untuk menjadi kaya.

Simpanan aset yang membantu menjadi kaya adalah aset yang sentiasa bernilai seperti emas dan tanah. Namun, tanah perlukan modal besar untuk dibeli, jadi cara terbaik adalah dengan membeli emas atau memulakan pelaburan emas. Rahsia menjadi kaya ialah mesti mempunyai ASET BERBENTUK PELABURAN dan satu-satunya cara terbaik menjadi kaya melalui pelaburan dan perniagaan emas Public Gold. Pelaburan Emas Public Gold juga berpeluang berniaga emas dengan menjadi dealer Public Gold. Cara menjadi kaya walau makan gaji seperti saya adalah melalui Pelaburan dan Perniagaan emas Public Gold yang mudah dilakukan, tanpa kedai, tanpa kos dan menganggu kerja seharian. Klik RAHSIA TERSEMBUNYI PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD.

MOHD ZAIDI JUNUS